Ahad, 30 Januari 2011

TANDA-TANDA SI DIA POKET KERING




Setuju atau tidak, perkara paling sensitif dalam hidup lelaki apabila disentuh soal kewangan. Betul? Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada anda tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani anda, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit. Sebagai kekasih, anda seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “Apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada anda tentang masalah berkaitan wang ringgit. Tak percaya? Cuba anda tanyakan berapa gaji bulanannya (ini untuk yang sudah serius ke arah perkahwinan). Jika dia seorang yang jujur, tentu dia tidak teragak-agak memberitahu anda, mungkin saja dia akan menunjukkan 'payslip' gajinya sebagai bukti.

Minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Anda perlu bertindak membantunya dengan tidak merengek-rengek mengada-ngada meminta itu ini yang bukan di dalam lingkungan kemampuannya.

Sila perhatikan sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Tanda # 1 - Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama anda.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.”

Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Tanda # 2 - Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan.”

Tanda # 3 - Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa anda ke gerai murah.

Tanda # 4 - Pulang awal

Selepas menjemput anda dari pejabat, dia terus membawa anda pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa anda keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tanda # 5 - Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya...”

Tanda # 6 - Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila anda menyuruhnya membelikan sesuatu untuk anda. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Tanda # 7 - Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Maksudnya, dia mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak memerlukan modal.

Tanda # 8 - Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika anda mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja anda. Bila si dia berkata begitu, sudah pastilah tidak mahu makan seorang diri, bukan begitu?

Tanda # 9 - SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon anda, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Tanda # 10 - Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih?”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada anda tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan anda faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

Sebenarnya, petanda-petanda begini boleh dijadikan ukuran kestabilan kewangan bakal suami anda. Jika tanda-tanda begini amat kerap ditonjolkannya, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Tanda-tanda ini menunjukkan, sama ada bakal suami anda seorang yang 'kedekut' atau kedudukan kewangannya memang tidak setabil.

Mengahwini seorang yang kedekut, anda berisiko makan hati lembu berulam jantung pisang. Sila rujuk entry Mengungkit tandanya kufur nikmat... untuk kisah Hindun isteri sahabat Nabi yang bernama Abu Sufiyan untuk mengatasi masalah suami kedekut.

Sebaliknya, mengahwini seorang yang tidak stabil dari segi kewangan, anda sebenarnya menempah krisis yang mungkin anda tidak dapat tangani di belakang hari. Bukankah seorang suami bertanggungjawab menyediakan nafkah apabila berkahwin? Jadi, kedudukan kewangan bakal suami mesti mantap tetapi tidak semestinya mewah.


QASEH NURAFINA.COM: GAMBARAN HARI KIAMAT

QASEH NURAFINA.COM: GAMBARAN HARI KIAMAT: "✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &..."

HUJAN OH HUJAN

Ujan lobek lobek
Anak patung mandi minyak
Panggil keto ubek
Omak den nak boghanak

Ini lagu ayah saya kalau hujan turun dengan lebatnya.... dalam loghat N9. Al maklumlah, ayah orang sana. Hujan pagi ni turun sejak malam tadi tanpa henti dan berterusan. Adakala macam dah berhenti sekejap, lepas tu turun lagi dengan lebatnya. Hmmm.... musim tengkujuh dah sampai ke Johor.

Hari ini pengundian DUN Tenang dijalankan. Tengok dekat berita tadi, hujan turun tanpa henti. Mudah-mudahan rakyat yang boleh mengundi di DUN Tenang keluar beramai-ramai untuk mengundi walaupun hari hujan.

Bila musim hujan ni... teringat jugak pada lagu kanak-kanak Bangau oh bangau....

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku


Kalau dah hari hujan, pagi-pagi lak tu, nak mandi pun malas. Bukannya apa... air sejuk sangat. Kat rumah tak ada hot shower. Nak berjalan pun tak ada maknanya. Kalau pergi cinema, confirm dalam tu sejuk beku. Planning nak tengok cerita Khurafat. Kalau dah macam ni lah gaya cuacanya.... tunggu je lah cerita ni keluar TV.

Kalau hujan lebat sangat, apa yang agaknya effect kat dalam rumah??? ASTRO lah apa lagi. TV kena tutup sebab service ASTRO dah kong time hujan-hujan ni..... Apa nak jadi dengan ASTRO ni pun tak taulah. Baru-baru ni, bil ASTRO naik dari RM88.95 ke caj baru RM94.30. Kalau nak naikkan caj pun, service pun kena makin bagus la. Ini tidak, ada sahaja masalahnya. Kalau susah sangat, terminate je ASTRO ni.

Time hujan macam ni, agak-agak apa aktiviti yang seronok nak dibuat. TIDUR le apa lagi....

Hujan oh hujan.....


Sabtu, 29 Januari 2011

GAMBARAN HARI KIAMAT

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Khamis, 20 Januari 2011

APAKAH BATU BESAR SAYA????

Apakah batu besar saya?

Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja.

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”

Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:

Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

Dipetik dari "


Rabu, 12 Januari 2011

TEKNIK MENGUBATI MULUT CELUPAR

Adakah kita sedar kadangkala kita bermulut celupar? Sebagai manusia biasa, kadangkala dengan sedar dan tanpa sedar kita telah menyinggung hati orang lain dengan keceluparan mulut kita. Bak kata pepatah melayu ....."Kerana Pulut Santan Binasa,Kerana Mulut Badan Binasa".

Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.”

Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam.


Sabtu, 8 Januari 2011

INDAHNYA ALAM INI

AIR TERJUN YANG TERCANTIK DI DUNIA.....















Fantastic Natural Phenomena...!!!

The classical natural wonders are huge and hard to miss - vast canyons, giant mountains and the like.. Many of the most fantastic natural phenomena, however, are also least easy to spot. Some are incredibly rare while others are located in hard-to-reach parts of the planet. From moving rocks to mammatus clouds and red tides to fire rainbows, here are seven of the most spectacular phenomenal wonders of the natural world.


1) Sailing Stones



The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades. Rocks weighing up to hundreds of pounds have been known to move up to hundreds of yards at a time. Some scientists have proposed that a combination of strong winds and surface ice account for these movements. However, this theory does not explain evidence of different rocks starting side by side and moving at different rates and in disparate directions. Moreover, the physics calculations do not fully support this theory as wind speeds of hundreds of miles per hour would be needed to move some of the stones.


2) Columnar Basalt



When a thick lava flow cools it contracts vertically but cracks perpendicular to its directional flow with remarkable geometric regularity - in most cases forming a regular grid of remarkable hexagonal extrusions that almost appear to be made by man. One of the most famous such examples is the Giant's Causeway on the coast of Ireland (shown above) though the largest and most widely recognized would be Devil's Tower in Wyoming . Basalt also forms different but equally fascinating ways when eruptions are exposed to air or water.


3) Blue Holes (of Belize)




Blue holes are giant and sudden drops in underwater elevation that get their name from the dark and foreboding blue tone they exhibit when viewed from above in relationship to surrounding waters. They can be hundreds of feet deep and while divers are able to explore some of them they are largely devoid of oxygen that would support sea life due to poor water circulation - leaving them eerily empty. Some blue holes, however, contain ancient fossil remains that have been discovered, preserved in their depths.


4) Red Tides




Red tides are also known as algal blooms - sudden influxes of massive amounts of colored single-cell algae that can convert entire areas of an ocean or beach into a blood red color. While some of these can be relatively harmless, others can be harbingers of deadly toxins that cause the deaths of fish, birds and marine mammals. In some cases, even humans have been harmed by red tides though no human exposure are known to have been fatal. While they can be fatal, the constituent phytoplankton in ride tides are not harmful in small numbers.


5) Ice Circles




While many see these apparently perfect ice circles as worthy of conspiracy theorizing, scientists generally accept that they are formed by eddies in the water that spin a sizable piece of ice in a circular motion. As a result of this rotation, other pieces of ice and flotsam wear relatively evenly at the edges of the ice until it slowly forms into an essentially ideal circle. Ice circles have been seen with diameters of over 500 feet and can also at times be found in clusters and groups at different sizes as shown above.


6) Mammatus Clouds



True to their ominous appearance, mammatus clouds are often harbingers of a coming storm or other extreme weather system. Typically composed primarily of ice, they can extend for hundreds of miles in each direction and individual formations can remain visibly static for ten to fifteen minutes at a time. While they may appear foreboding they are merely the messengers - appearing around, before or even after severe weather.


7) Fire Rainbows




A circumhorizontal fire rainbow arc occurs at a rare confluence of right time and right place for the sun and certain clouds. Crystals within the clouds refract light into the various visible waves of the spectrum but only if they are arrayed correctly relative to the ground below. Due to the rarity with which all of these events happen in conjunction with one another, there are relatively few remarkable photos of this phenomena.
MAKAN-MAKAN

Pernah makan nasi briyani Gam?????
Kalau ke Batu Pahat, wajib cari kedai makan nasi briyani gam.... nyam nyam...sedap.
Di sini disertakan resepi nasi briyani gam.
Selamat mencuba....

Resepi Nasi Berani Gam
(hidangan lebih lima orang)

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah - dihiris
50 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan - bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato - dipotong empat
2 tangkai cili merah - belah dua
2 tangkai cili hijau - belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang - potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya


Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging - potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani - campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah - dikisar
20 gram bawang putih - dikisar
20 gram halia - dikisar
3 gram daun pudina - dikisar
3 gram daun ketumbar - dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng - ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

Rabu, 5 Januari 2011

LEARN SPEAKING ENGLISH

Kurang menguasai bahasa Inggeris???
Ini memang masalah aku walaupun memahami bacaan dan percakapan bahasa inggeris ini.
Untuk memperbaiki bahasa ini dari semua segi kita mesti bermula dari basik dan ke peringkat seterusnya. Buat apa nak malu.... walaupun umur dah nak mencapai setengah abad....
Pernah sekali aku bertegur dengan mat salleh di Impiana Resort.... topiknya berkaitan dengan toaster (pembakar roti).... berpeluh gak den nak menjawab dalam bahasa inggeris. Hubby ternampak dan bertanya.... apa yang awak borak ngan mat salleh tu?????
apa????.... ingat den ni tak pandai sangat ke nak speaking LONDON.
Apa-apa pun.... untuk seisi pembelajaran dan untuk simpanan aku sendiri dan kawan-kawan yang datang melawat blog aku ni.... boleh la klik address website kat bawah ni. Free of charge. Boleh juga menonton video dari You Tube.
Selamat mencuba dan beramal.

http://www.talkenglish.com/

video