Sabtu, 31 Mac 2012

TANDAS OH TOILET

Toilet merupakan tempat yang hari-hari kita mesti masuk. Tujuannya hanya 1..... membuang hajat. Lepas tu jangan lupa beristinjak. Sekarang ni, sebagai ibu zaman millaneum ni.... kita kena mesti update dan tahu segala-galanya. Kadang-kadang bila dah tinggalkan sekolah, banyak sangat yang kita ketinggalan dan tak ingat apa yang guru2 kita ajar dulu.

Baru-baru ni.... Aina Afiqah (anak yang ke 2)meminta MAMA nya ajar tentang perkara Ibadat Sekolah Agama Darjah 1 tentang hadas besar dan hadas kecil, istinjak, menyertu dan doa-doa yang berkaitan.

Untuk lebih informasi, mulalah menGOOGLE subjek2 yang diminta oleh Aina. SUBHANALLAH.... memang banyak sangat info2 dari internet ni.

Semasa carian tu.... terjumpa lah pulak gambar-gambar toilet yang agak kelakar..... so far tak pernah lagi jumpa kat Malaysia ni....
















Jumaat, 30 Mac 2012

MENGADU DOMBA

MENGAPA MESTI KITA MENGADU DOMBA???????

Pelik dengan sikap manusia pada hari ini. Ada di kalangan kita merasakan bahawa diri mereka adalah hebat dan boleh berbuat apa sahaja walaupun segala keperluan telah dipenuhi. Bermasam muka, marah memaki tanpa usul periksa dan sengaja untuk mencari kesalahan orang lain. Dan ada pula manusia yang bermuka-muka aka talam 2 muka. Begitukah cara hidup mereka. Mana perginya sifat kasih sayang antara manusia dengan manusia yang lain. Apakah tiada lagi kasihan mengasihani dan perikemanusiaan.

SUBHANALLAH..... sabar sahaja yang menjadi kunci utama tentang untuk melihat perkara-perkara ini berlaku disekeliling kita. TETAPI kadangkala kesabaran ada hadnya.

Berbalik kepada MENGADU DOMBA....

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

DALAM PERKARA INI..... kadangkala sebagai manusia kita memang tidak akan terlepas daripada mengadu domba tapi perlulah berpada-pada supaya tidak menjadi permusuhan sesama kita.





Dipetik dari: http://jazimin.wordpress.com/2010/07/19/dosa-besar-mengadu-domba/

Isnin, 26 Mac 2012

PETUA OTAK HEBAT

1. Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu,tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,minyaimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur.Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen?salah satunya ialah kerap sakit kepala. Cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari,air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

4. Juga amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir oatak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.







Isnin, 12 Mac 2012

DOA DUDUK ANTARA SUJUD



Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju.. Tahukah anda maksudnya?
Kalau solat express confirm laju je baca doa ini tanpa ingat apa maknanya..... aku pun kekadang pun sama gak terutamanya bila solat waktu bekerja.Di sini aku titipkan untuk peringatan aku ngan anak-anak.....

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (Sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)


Ahad, 11 Mac 2012

AMALAN SUPAYA ANAK TAK DEGIL

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun anak kita.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.



Diambil dari Portal Muslimah