Isnin, 2 April 2012

25 ADAB YANG PERLU DIAJAR KEPADA ANAK-ANAK KITA




Kalau ingin melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Lima tahun pertama usia si manja adalah tempoh yang terbaik untuk memulakan didikan asas kehidupan positif dalam dirinya.

Serapkan nilai-nilai positif kepada mereka agar ia menjadi satu kebiasaan buat dirinya. Dalam usaha membentuk keperibadian positif di kalangan anak-anak ini, para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Ibu bapa atau individu yang lebih dewasa perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada kanak-kanak ini. Dalam usia muda sebegini mereka gemar memerhatikan sambil meniru apa juga sikap atau tingkah laku individu yang berada di sekelilingnya. Jika anda ingin si manja peka dengan adab tatasusila, mulakannya dari sekarang.

Tunjukkan adab–adab kesopanan yang positif sewaktu si manja berada di sisi anda. Setiap perlakuan anda akan diperhatikan dan dicontohi oleh si manja. Mungkin ia berlangsung secara santai, jadi 25 senarai adab ini wajar anda patuhi agar si manja mampu membesar dengan nilai-nilai murni yang menebal dalam diri. segala-galanya bermula dari rumah.

Adab 1
Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”

Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”

Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.

Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.

Adab 5
Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.

Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.

Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.

Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.

Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.

Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila menerima sebarang pemberian.

Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.

Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.

Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.

Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.

Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.

Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.

Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.

Adab 24
Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.

Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.


sumber: http://www.pama.karangkraf.com

Sabtu, 31 Mac 2012

TANDAS OH TOILET

Toilet merupakan tempat yang hari-hari kita mesti masuk. Tujuannya hanya 1..... membuang hajat. Lepas tu jangan lupa beristinjak. Sekarang ni, sebagai ibu zaman millaneum ni.... kita kena mesti update dan tahu segala-galanya. Kadang-kadang bila dah tinggalkan sekolah, banyak sangat yang kita ketinggalan dan tak ingat apa yang guru2 kita ajar dulu.

Baru-baru ni.... Aina Afiqah (anak yang ke 2)meminta MAMA nya ajar tentang perkara Ibadat Sekolah Agama Darjah 1 tentang hadas besar dan hadas kecil, istinjak, menyertu dan doa-doa yang berkaitan.

Untuk lebih informasi, mulalah menGOOGLE subjek2 yang diminta oleh Aina. SUBHANALLAH.... memang banyak sangat info2 dari internet ni.

Semasa carian tu.... terjumpa lah pulak gambar-gambar toilet yang agak kelakar..... so far tak pernah lagi jumpa kat Malaysia ni....
















Jumaat, 30 Mac 2012

MENGADU DOMBA

MENGAPA MESTI KITA MENGADU DOMBA???????

Pelik dengan sikap manusia pada hari ini. Ada di kalangan kita merasakan bahawa diri mereka adalah hebat dan boleh berbuat apa sahaja walaupun segala keperluan telah dipenuhi. Bermasam muka, marah memaki tanpa usul periksa dan sengaja untuk mencari kesalahan orang lain. Dan ada pula manusia yang bermuka-muka aka talam 2 muka. Begitukah cara hidup mereka. Mana perginya sifat kasih sayang antara manusia dengan manusia yang lain. Apakah tiada lagi kasihan mengasihani dan perikemanusiaan.

SUBHANALLAH..... sabar sahaja yang menjadi kunci utama tentang untuk melihat perkara-perkara ini berlaku disekeliling kita. TETAPI kadangkala kesabaran ada hadnya.

Berbalik kepada MENGADU DOMBA....

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

DALAM PERKARA INI..... kadangkala sebagai manusia kita memang tidak akan terlepas daripada mengadu domba tapi perlulah berpada-pada supaya tidak menjadi permusuhan sesama kita.





Dipetik dari: http://jazimin.wordpress.com/2010/07/19/dosa-besar-mengadu-domba/

Isnin, 26 Mac 2012

PETUA OTAK HEBAT

1. Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu,tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,minyaimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur.Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen?salah satunya ialah kerap sakit kepala. Cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari,air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

4. Juga amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir oatak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.







Isnin, 12 Mac 2012

DOA DUDUK ANTARA SUJUD



Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju.. Tahukah anda maksudnya?
Kalau solat express confirm laju je baca doa ini tanpa ingat apa maknanya..... aku pun kekadang pun sama gak terutamanya bila solat waktu bekerja.Di sini aku titipkan untuk peringatan aku ngan anak-anak.....

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (Sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)


Ahad, 11 Mac 2012

AMALAN SUPAYA ANAK TAK DEGIL

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun anak kita.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.



Diambil dari Portal Muslimah

Isnin, 27 Februari 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Sanggupkah kita MASIH LAGI INGIN PUNYA NIAT utk membuang ANAK?? Bagi aku NO!!!! Anak-anak adalah nadi ku. 2 putera dan 2 puteri ku,adalah kehidupan ku sekarang ini. Apa sahaja yang aku lakukan adalah untuk mereka semua.

Sedang membelek mukabuku,ada 1 halaman yang menarik minatku. Dan aku nak share ngan semua kawan-kawan..... tentang 10 fakta menarik tentang kelahiran.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Ahad, 8 Januari 2012

MASUK KERJA BALIK!!!!!

Aduhai..... lemau betul nak naik keje balik selepas bersenang-lenang di rumah selama 90 hari.Dah la kena kerja kat tempat baru. LABOUR ROOM @ DEWAN BERSALIN... walaupun dah pernah ada pengalaman kerja di LR selama 5 tahun di HTSMTI Kulaijaya.... tapi masa tu masih SN lagi. Agaknya macammana la penerimaan staf kat dalam tu.... ishhh, gerun gak dibuatnya. 2 nyawa nak kena jaga. DAN banyak hati yang nak kena jaga jugak.

Mudah-mudahan segala akan berjalan dengan lancar. Dah take over semua cencus dan kerja-kerja dari Kak Zuraidah Jazam. Thanx Kak.... saya doakan akak berBAHAGIA di tempat baru nanti..... hehehe. (BARU KE!!!!)

Macammana la gamaknya sibuk nanti. For sure akan malas nak memasak, so main beli aje makanan. Tak pun makan nasik, telur ngan kicap jer. Peberet anak-anak tu.....

Apa-apa pun wait N' see 11/1/2012 ni..... Gud Luck MRS Aris....